FKOGK
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Forum Komunitas Online Gunungkidul
 
IndeksJual BeliPortal FKOGKLatest imagesPencarianPendaftaranLogin

 

 Kisah Sukses Sylvester Stallone

Go down 
2 posters
PengirimMessage
wadiyo
Camat
wadiyo


Lokasi : Singkar II,Wareng Wonosari GK
Reputation : 7
Join date : 14.04.09

Kisah Sukses Sylvester Stallone Empty
PostSubyek: Kisah Sukses Sylvester Stallone   Kisah Sukses Sylvester Stallone Icon_minitimeSun Aug 09, 2009 7:12 am

sylvester-stallone-424x314

JADIKAN INTERNET SEBAGAI SARANA MENCARI INFORMASI DAN PENGETAHUAN BUKAN SARANA MENYEBARKAN PORNOGRAFI

Kisah di bawah ini semoga bisa menjadi motivasi bagi kita yang saat ini harus berjuang merangkak dari bawah untuk mempertahankan hidup dan meningkat untuk meningkatkan kualitas hidup dan meraih kesuksesan.Kisah Sukses Sylvester Stallone Cleardot

Team Aspirasi Cyber


Kisah Motivasi tentang Sylvester Stallone

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah
seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi
di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar
Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib
baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai
bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat
yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif.
Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan
kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu.
Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan
bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan
jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak
lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan
pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter
kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua
kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi
pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi
kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai
impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan
daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun,
Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian.
Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai
cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar
di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan
pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang
tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang
kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai
pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan
Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah
strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan
peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali
lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus
duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi
dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas
berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang
berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka
juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu
mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang
melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan
itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan
sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya
melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari
pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin
memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus
asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari
dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan
harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini
anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan
tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner.
Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah
selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck
bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan
tentangan hebat kepada Ali.

Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat
inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai
ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti
selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama
watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin
filem ini bakal mengubah hidupnya.

Bagi bapak ibu dan pembaca wonosari.com Insya Alloh ada manfaatnya untuk menambah pengetahuan masalah Teknologi Informatika monggo di download artikel dibawah ini:

http://azzamudin.wordpress.com/2009/08/08/tool-partisi-hard-disk-gratis/



Hikmah :

Keutamaan Ikhlas


Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak memandang postur tubuhmu dan tidak pula pada kedudukan maupun harta kekayaanmu, tetapi Allah memandang pada hatimu. Barangsiapa memiliki hati yang shaleh maka Allah menyukainya. Bani Adam yang paling dicintai Allah ialah yang paling bertakwa. (HR. Ath-Thabrani dan Muslim)




sumber : http://azzamudin.wordpress.com
Kembali Ke Atas Go down
http://azzamudin.wordpress.com
sacho_eka
Pengawas
sacho_eka


Lokasi : tangerang- banten
Reputation : 36
Join date : 03.11.08

Kisah Sukses Sylvester Stallone Empty
PostSubyek: Re: Kisah Sukses Sylvester Stallone   Kisah Sukses Sylvester Stallone Icon_minitimeWed Aug 01, 2012 11:46 pm

melu moco mawon... critane wong sukses..
Kembali Ke Atas Go down
http://kiossticker.com
 
Kisah Sukses Sylvester Stallone
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Overview filem ne...
» Desa Mandiri Pangan Mertelu, Kisah Sukses Menyelamatkan Tanaman Pangan Lokal
» kisah bijak
» (kisah nyata thn. 80 an)
» KISAH MALAM PERTAMA

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
FKOGK :: FORUM UMUM :: Arsip Forum-
Navigasi: